Organik Krim Shea Butter untuk kulit kering dan Eczema

 

           

ORGANIK KRIM SHEA BUTTER OLEH iL Puro

 Apa itu Shea Butter.

 

Shea Butter adalah satu produk yang dihasilkan dari 100% natural dari tumbuhan. Ia adalah sejenis butter (mentega) yang diperolehi daripada kacang pokok Shea yang tumbuh liar di Afrika. Shea Butter digunakan secara meluas dalam produk dermatologi dan kosmetik di seluruh dunia disebabkan kandungan yang terdapat di dalam Shea Butter yang berupaya merawat masalah kulit. Shea Butter yang digunakan oleh iL Puro adalah 100% raw organic natural yang diimport dari Ghana.

Masyarakat Afrika terutamanya wanita di kawasan pendalaman memproses Shea Butter menggunakan cara traditional tanpa sebarang campuan dari benda asing atau bahan kimia. Shea Butter digunakan sejak berzaman di Afrika dalam pembuatan makanan dan juga rawatan kulit. Namun Shea Butter krim oleh iL Puro bukanlah untuk tujuan untuk dimakan kerana kami telah mencampurkan ramuan-ramuan organik yang terbaik untuk rawatan kulit yang lain seperti minyak Neem dari India dan Lavender Essential Oil dari France. Kandungan Organik Shea Butter yang terdapat di dalam krim iL Puro adalah sebanyak 80%. Shea Butter krim oleh iL Puro adalah sesuai dan selamat untuk bayi.

 

 

Mengapa kita perlukan Shea Butter krim.

Terdapat persoalan mengapakah Shea Butter ini begitu bagus untuk rawatan kulit yang bermasalah.  Ini adalah kerana Shea Butter ini amat kaya dengan Vitamin A yang bagus untuk kulit. Sebagai satu antioksidan, Vitamin A membantu untuk membaiki kulit, mengekalkan kelembapan pada kulit dan juga mengeluarkan enzim yang menstabilkan pengeluaran Kolagen yang diperlukan oleh kulit. Vitamin A adalah penting untuk membaiki dan merawat masalah-masalah yang dihadapi oleh kulit seperti eczema, dermatitis, psoriasis, kulit alergik, gigitan serangga, kulit terbakar akibat terdedah kepada matahari, radang kulit disebabkan cuaca yang terlalu sejuk, kulit kering dan merekah dan beberapa permasalahan kulit yang lain.

Selain itu pelembab yang terdapat di dalam Shea Butter ini adalah sama dengan pelembab ataupun Sebum yang dikeluarkan oleh kalenjar minyak pada kulit kita. Sesetengah orang mempunyai kekurangan pengeluaran sebum pada kulit terutamanya apabila usia meningkat. Maka Shea Butter ini amat sesuai bagi mengimbangi kekurangan pelembab pada kulit.

 Mengapa Shea Butter Krim oleh iL Puro dapat membantu masalah Eczema, Psoriasis dan juga radang pada kulit.

 Eczema adalah satu masalah kulit yang simptomnya adalah kulit kemerahan, tompok-tompok  ruam pada kulit yang gatal dan kering yang membuatkan kita akan menggaru dimana kadang-kadang kulit akan merekah dan berdarah. Pada kanak-kanak biasanya terdapat pada kelipat siku atau lutut ataupun leher. Pada orang dewasa biasanya pada tangan akibat penggunaan detergen atau pada kaki. Penyebab Eczema biasanya disebabkan oleh faktor keturunan, pemakanan, alam sekitar, alergik disebabkan penggunaan bahan kimia atau pencuci yang bukan natural yang terkena pada kulit seperti barang mandian, kometik atau bahan pencuci yang lain. Kulit kering adalah punca bermulanya simptom eczema.

Eczema tidak boleh dirawat tetapi ia boleh dicegah daripada keluar pada kulit. Pemakaian berterusan krim Shea Butter akan melembabkan kulit yang sekaligus menghalang kulit menjadi kering, gatal, ruam yang berair dan berdarah.

Kehadiran Minyak Organik Neem di dalam krim Shea Butter iL Puro  juga memainkan peranan sebagai pelembab kepada kulit. Neem bersama-sama Organik French Lavender Essential oil memainkan peranan sebagai anti radang dan juga anti bakteria yang menghalang jangkitan bakteria atau fungus (kulat) pada kulit terutamanya untuk penghidap Psoriasis.

Krim Shea Butter digunakan di dalam keadaan berikut:

  1. Kulit kering
  2. Ruam kulit
  3. Kulit mengelupas
  4. Kecacatan kulit dan kedut
  5. Kulit yang gatal
  6. Kulit terbakar akibat Matahari
  7. Sebagai shaving cream
  8. Untuk kulit kasar terutama bahagian kaki
  9. Kulit yang terdedah pada cuaca sejuk atau musim sejuk
  10. Gangren (frostbites)
  11. Menghalang stretch mark ketika mengandung
  12. Gigitan serangga
  13. Untuk mendapatkan kulit yang sihat
  14. Kekejangan atau keletihan pada otot
  15. Alergik yang disebabkan oleh keracunan daun tumbuhan pada kulit
  16. Eczema
  17. Dermatitis
  18. Proriasis
  19. Kecederaan pada kulit disebabkan kesan terbakar oleh minyak panas atau terkena benda panas.

Krim Shea Butter iL Puro adalah 100% natural daripada bahan-bahan organik iaitu 80% Shea Butter dan selebihnya adalah, minyak kacang almond, Neem dan Lavender Essential Oil.  Disebabkan tiada preservative iL Puro menasihatkan agar ianya digunakan dalam masa 6 bulan dari tempoh pembelian. Elakkan menggunakan jari atau alat yang basah ketika mengambil krim dari jar kerana air akan mengundang bakteria kepada krim yang membuatkan krim tidak elok untuk digunakan lagi. Krim Shea Butter ini mengandungi kacang dan tidak sesuai untuk mereka yang alergik pada kacang. Namun, iL Puro mempunyai No Nut Oil Treatment untuk mereka yang alergik pada kacang.

*Maklumat yang diberikan disini bukanlah diberikan oleh pengamal perubatan yang professional tetapi hanya dari pengamal atau pengguna bahan natural dan herbal yang berdasarkan respon positif yang diberikan oleh oleh pelanggan-pelanggan iL Puro. iL Puro menasihatkan agar anda mendapatkan nasihat Pengamal perubatan bertauliah untuk sebarang masalah kesihatan.

Back to blog

8 comments

buying cialis online[/url]

Pitiawl

where can i purchase dapoxetine[/url]

Pitiawl

buy levitra professional[/url]

steelfLed

Dove Acquistare Cialis In Italia joymmend cialis price Queenebusa Pfizer Website Viagra Sales

steelfLed

Berapa harga untuk 1 botol

Zawiah Ahmad

Leave a comment